Thursday, May 7, 2009

Paten baru

Hai... lama kita tak bertemu ek...bukannyer apa, penyakit M dah datang ..dah tu plak 2 orang anak kita demam serentak.. si kakak tak la meragam sangat.. si baby jer..demam sebab nak tumbuh gigi.... ni nak n3 paten-paten baru..yang berkemungkinan besar akan kita buat la kalau virus M tu dah hilang.. lagipun stok benang dah dapat.. tapi tak banyak warna yang dapat.... okla kita layan paten- paten dulu k! chow!!








Thursday, April 16, 2009

Paten untuk tudung

Paten ni dapat dari bebudak yang nak pegi sekolah fardhu ain kat skolah. Kebetulan dia singgah kat kedai beli gegula.. apalagi kome snap la gambo...cantikkan!...dia gunakan dua warna... pink n putih... Naik pelik budak tu aku suruh dia pusing kekanan, depan belakang...Kakahahaha... peduli aper janji aku dapat snap muahahhah...

bahagian belakang tudung.
bahagian kanan tudung

bahagian kiri tudung

Puas hati ...nasib baik budak tu datang sesama member dia jer.. kalu datang ngan mak bapak dier tak dapat la nak snap!!

Sunday, April 12, 2009

PATEN

Ini salah satu paten yang ada dalam simpanan saya, ada banyak lagi...yang ni lom wat lagi..saja nak n3 dulu, lagipun stok benang warna yang cantik-cantik dah habis.. tunggu benang baru sampai baru projek ni jalannn....
Paten ni kalu tak silap la untuk alas bahagian tengah meja bulat ke, atau leh gak wat alas bekas hantaran..ala cam pengantin dolu-dolu...heehhe



paten 1

Tuesday, April 7, 2009

Topi Baby

Topi ni saya kait semasa tengah sarat mengandung anak kedua, Si Danial. Entah macam mana leh datang gian nak mengait plak..Saya cipta corak sendiri jer guna paten yang mudah.. Topi cam ni sesuai utuk baby perempuan jer pakai..sepatutnya kat atas, dibahagian tengahnya ada bulatan kecil rambu ramba..tapi dah terburai buat dek anakanda sulung..CT HAWA...



bahagian dalam topi


paten yang digunakan


bahagian luar topi

Topi ni saya kait amik masa dua hari tapi kalau yang dah mahir mesti leh siap lam beberapa jam jer kot.. Sesiapa di kalangan kawan-kawan blog yang ade paten-paten menarik bleh la kita berkongsi atau bertukar idea-idea.. :-)
Jumpa lagi dengan pelbagai jenis dan paten mengait yang telah saya hasilkan.

Sunday, April 5, 2009

Jarum kait

Minta maaf kerana dah lama tak update blog ni..ade skit problem..tapi sakng dah leh sambung balik..Kita cerita jerla yer sebab rasa tak best lar pulak rasanya kalu formal sangat kan..ok.. kat bawah ni perbezaan antara benang kasar ngan benang halus. Selalunya saya kalau mengait, saya lebih suka guna benang kasar. Benang kasar ni pada sayala.. lebih cantik dan senang nak dikait berbanding benang halus.. Tapi tak tau la orang lain kan..ikut citarasa masing-masing..



Seterusnya bahan yang perlu ada untuk mengait ialah jarum. Kalau tak ade jarum tak jadila kerja kan... Terdapat banyak jenis dan saiz jarum ini. Saya biasanya guna jarum jenis jenama 'TULIP', saiz 0 yang paling kasar dan sederhana saiz 1 @1.75mm. jarum kait mata jarum kait



Setakat ini sahaja pembelajaran kita..ceewah!! nanti sambung lagi yer kekawan... baby dah melalak dah.. jumpa lagi...!!


Saturday, March 14, 2009

Mengait




MENGAIT
Mengait merupakan salah satu seni tangan yang menjadi sebahagian hobi bagi segelintir surirumah di Malaysia. Sudah puas saya mencari laman-laman web yang berkaitan dengan mengait ini tetapi hampa. Oleh sebab itulah tercetuslah idea untuk membina halaman ini dan dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu serta cara-cara mengait. Selain itu, saya akan kepilkan juga hasil seni tangan yang lain seperti bunga telur, gubahan hantaran, frame gambar dan macam- macam lagi. Diharap halaman ini dapat memberikan manafaat serta mendapat sokongan daripada anda semua. Sokongan anda semua amatlah dialu-alukan.

PENGENALAN

MENGAIT

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
i) benang
ii) jarum

Benang
Terdapat dua jenis benang yang digunakan iaitu
i) benang halus
ii) benang kasar

Setiap daripada benang-benang tersebut mempunyai kod no. yang tertentu untuk membezakan warnanya. Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada warna-warna dan jenis-jenis benang sebagai contoh.