Saturday, March 14, 2009

Mengait




MENGAIT
Mengait merupakan salah satu seni tangan yang menjadi sebahagian hobi bagi segelintir surirumah di Malaysia. Sudah puas saya mencari laman-laman web yang berkaitan dengan mengait ini tetapi hampa. Oleh sebab itulah tercetuslah idea untuk membina halaman ini dan dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu serta cara-cara mengait. Selain itu, saya akan kepilkan juga hasil seni tangan yang lain seperti bunga telur, gubahan hantaran, frame gambar dan macam- macam lagi. Diharap halaman ini dapat memberikan manafaat serta mendapat sokongan daripada anda semua. Sokongan anda semua amatlah dialu-alukan.

PENGENALAN

MENGAIT

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
i) benang
ii) jarum

Benang
Terdapat dua jenis benang yang digunakan iaitu
i) benang halus
ii) benang kasar

Setiap daripada benang-benang tersebut mempunyai kod no. yang tertentu untuk membezakan warnanya. Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada warna-warna dan jenis-jenis benang sebagai contoh.